Lawatan rasmi pertama Abbott ke Singapura

Lawatan rasmi pertama Abbott ke Singapura

SINGAPURA, 28 Jun (Agensi) – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, membuat lawatan rasmi pertama ke Singapura, bermula hari ini sehingga esok atas jemput Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar di sini berkata upacara sambutan rasmi akan diadakan esok untuk Perdana Menteri Abbott.

Sepanjang lawatan itu Abbott akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tony Tan Keng Yam dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee.

Kedua-dua Perdana Menteri itu akan memeterai Perkongsian Strategik Komprehensif Singapura-Australia yang akan membuka bab baru dalam hubungan Singapura-Australia.

Abbott juga akan menyampaikan Syarahan Singapura Ke-35 mengenai “Cabaran Bersama Kita: Memperkukuhkan Keselamatan di Rantau Ini”, yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.

Tony Abbott (dua dari kanan) dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (dua dari kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak ketika kunjungan mereka ke Taman Bishan di Singapura pada 28 Jun 2015. – AFP
Tony Abbott (dua dari kanan) dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (dua dari kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak ketika kunjungan mereka ke Taman Bishan di Singapura pada 28 Jun 2015. – AFP

Perdana Menteri Australia Barat Colin Barnett, Perdana Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk, Ketua Menteri Northern Territory Adam Giles, serta para pegawai dari Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet serta Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan turut mengiringi lawatan Perdana Menteri Australia tersebut, selain daripada delegasi perniagaan.

ARTIKEL YANG SAMA