Lawatan rasmi YDP MMN ke Rusia

Lawatan rasmi YDP MMN ke Rusia

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN) Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib mengadakan lawatan rasmi ke Republik Persekutuan Rusia bersama beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat bermula 10 hingga 14 Oktober ini.

Semasa lawatan, Yang Berhormat Pehin turut me-ngadakan kunjungan muhibah kepada Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia, Valentina Matvienko. Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Rusia, Haji Haini bin Haji Hashim.

Pada kunjungan itu, mereka turut membincangkan hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara yang semakin meningkat dan kukuh dengan adanya kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta tenaga dan budaya. Mereka juga membincangkan penglibatan antara parlimen yang dapat dilihat pada dialog antara kedua-dua negara semasa Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parlimentary Assembly. Justeru dengan adanya dialog itu, membukakan peluang bagi ahli-ahli MMN Brunei untuk menghadiri mesyuarat di Persekutuan Rusia seperti Forum Parlimen Asia-Pasifik (APPF) pada tahun 2013. Turut dibincangkan adalah kerjasama dalam bidang perdagangan, ekonomi dan pelaburan.

Yang Di-Pertua MMN menyertai Majlis Peletakan Bunga (Wreath LayingCeremony) di Makam Dinding Kremlin bagi Tentera-tentera yang Tidak Dikenali (Tomb of the Unknown Soldier by the Kremlin Wall).
Yang Di-Pertua MMN menyertai Majlis Peletakan Bunga (Wreath LayingCeremony) di Makam Dinding Kremlin bagi Tentera-tentera yang Tidak Dikenali (Tomb of the Unknown Soldier by the Kremlin Wall).
Yang Berhormat Pehin menghadiri mesyuarat perbincangan bersama  Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia.
Yang Berhormat Pehin menghadiri mesyuarat perbincangan bersama  Pengerusi Majlis Persekutuan Rusia.
Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, kini berada di Rusia dalam rangka lawatan rasmi bermula 10 hingga 14 Oktober ini. Dalam lawatan itu, Yang Berhormat Pehin mengadakan kunjungan muhibah kepada Pengerusi Majlis Republik Persekutuan Rusia, Valentina Matvienko dan berkesempatan menandatangani buku lawatan ke Bangunan Majlis Persekutuan Rusia.

Timbalan Menteri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Rusia, Igor Morgulov, bertukar cenderamata bersama Yang Berhormat Pehin dalam kunjungan ke kementerian itu.
Timbalan Menteri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Rusia, Igor Morgulov, bertukar cenderamata bersama Yang Berhormat Pehin dalam kunjungan ke kementerian itu.
Timbalan Menteri Kementerian Pedidikan dan Sains Rusia, Ludmila Ogorodova mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Pehin ke Kementerian Pendidikan dan Sains.
Timbalan Menteri Kementerian Pedidikan dan Sains Rusia, Ludmila Ogorodova mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Pehin ke Kementerian Pendidikan dan Sains.

Yang Berhormat Pehin juga berkesempatan mengadakan lawatan ke beberapa buah kementerian termasuklah Kementerian Pendidikan dan Sains dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, seterusnya mengadakan mesyuarat bersama timbalan-timbalan menteri kementerian-kementerian tersebut. Mesyuarat membincangkan isu-isu tumpuan bersama termasuk hal-hal kerjasama sedia ada dan kerjasama pada masa akan datang.

Yang Berhormat Pehin juga mengunjungi Dewan Persidangan Majlis Persekutuan Rusia dan menghadiri beberapa majlis lagi, antaranya Majlis Peletakan Bunga di makam dinding Kremlin bagi Tentera-tentera yang Tidak Dikenali (Tomb of the Unknown Soldier by the Kremlin Wall). Majlis ini diadakan setiap tahun bagi memperingati tentera Soviet yang terbunuh dalam Perang Dunia ke-2.

ARTIKEL YANG SAMA