Lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Bkt Beruang

Lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Bkt Beruang

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Nov – Seramai 40 orang terdiri daripada murid-murid dan guru-guru Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya Daerah Tutong, Kluster 5 telah mengadakan lawatan sambil belajar di Cawangan Operasi ‘E’, Balai Bomba Bukit Beruang Tutong, kelmarin.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan-aluan dan taklimat mengenai Balai Bomba Bukit Beruang Tutong yang disampaikan oleh Stesen Komander Balai Bomba Bukit Beruang Tutong, Pegawai Balai, Awang Yahya bin Sahat.

Rombongan kemudian dibawa melawat ke dalam bangunan Balai Bomba Bukit Beruang Tutong dan seterusnya berpeluang untuk menaiki dan masuk ke dalam kereta bomba.

Mereka juga turut diberi tunjuk ajar cara menggunakan peralatan selain mencuba sendiri cara-cara pengendalian hos secara ‘jet’ dan ‘spray’.

Apa yang menarik pada lawatan tersebut ialah para guru dan murid juga berkesempatan untuk menyaksikan demonstrasi daripada enam orang anggota bomba yang turun menggunakan tali dari bangunan tersebut.

Rombongan sekolah berkesempatan menyaksikan anggota bomba turun dari bangunan dengan menggunakan tali.
Rombongan sekolah berkesempatan menyaksikan anggota bomba turun dari bangunan dengan menggunakan tali.

ARTIKEL YANG SAMA