Lawatan sambil belajar ke Pusat Dakwah Islamiah

Lawatan sambil belajar ke Pusat Dakwah Islamiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Unit Peningkatan Akademik, Bahagian Pendidikan Komuniti, Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Kementerian Pendidikan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Pameran Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi para pelajar Kelas Malam Peningkatan Akademik Usuluddin 2015 yang berpusat di Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait.

Seramai 10 orang pelajar bersama dua tenaga pengajar dan empat orang pegawai Bahagian Pendidikan Komuniti menyertai lawatan itu, semalam.

Lawatan tersebut diadakan untuk membuka minda dan menambah pengetahuan para pelajar terutama berhubung perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam dan mempunyai kaitan dengan mata pelajaran yang mereka ikuti pada masa ini.

Melalui lawatan tersebut, dihasratkan agar para pelajar mendapat gambaran jelas tentang hal ehwal kekeluargaan secara realiti dan mengetahui secara lebih dekat skop undang-undang Islam yang telah digazetkan.

Rombongan yang mengikuti lawatan tersebut.
Rombongan yang mengikuti lawatan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA