Lawatan sambil belajar ke Pusat Promosi Kesihatan

Lawatan sambil belajar ke Pusat Promosi Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Satu rombongan terdiri daripada 88 orang pelajar Tahun 1, 2 dan 3 Sekolah Bakti Dewa, Berakas dan Jerudong semalam mengadakan lawatan ke Pusat Promosi Kesihatan di sini.

Rombongan dialu-alukan oleh pegawai dan kakitangan Pusat Promosi Kesihatan itu dan diberikan taklimat mengenai keselamatan dalam bangunan tersebut. Mereka kemudiannya dibawa melawat ke Galeria Kesihatan.

Di sana mereka berpeluang melihat lebih dekat pameran kesihatan dan diberikan penerangan mengenai kesihatan fizikal dan mental, rokok dan bahaya merokok, kebersihan gigi, pengambilan makanan sihat, kebersihan dalam penyediaan makanan dan banyak lagi.

Para pelajar juga berpeluang menyertai aktiviti mewarna, senam robik dan diakhiri dengan bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan warga pusat kesihatan itu.

Gambar ramai pelajar dan warga Pusat Promosi Kesihatan.
Gambar ramai pelajar dan warga Pusat Promosi Kesihatan.

ARTIKEL YANG SAMA