Lawatan sambil belajar ke Sekolah Rendah Batu Marang

Lawatan sambil belajar ke Sekolah Rendah Batu Marang

TAMPINES North Primary school baru-baru ini, telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah Batu Marang. Pelawat dari Singapura ini telah tiba di perkarangan sekolah pada jam 8 pagi.

Semua guru, murid dan staf Sekolah Rendah Batu Marang menyambut kedatangan para pelawat dengan tangan terbuka dan mengambil kesempatan bergambar ramai.

Dinikmati dengan baik

Guru Besar Sekolah Rendah Batu Marang, Cikgu Hajah Noraini binti Haji Timbang mempersilakan para pelawat ke dewan sekolah dan Surah Al-Fatihah dibacakan oleh Ustaz Mohd Sufri bin Haji Md Ali bagi memberkati majlis.

Lagu Kebangsaan Brunei dan Singapura dinyanyikan oleh kedua-dua pihak sekolah dan pelawat.

Persembahan lagu tradisi Brunei (Oh Kanak-Kanak & O Pak Saloi) telah dipersembahkan oleh murid PRA Sekolah dan Tahun 3 Sekolah Rendah Batu Marang yang dinikmati dengan baik oleh pelawat Singapura.

Sesi bergambar ramai bersama kedua-dua belah pihak.
Sesi bergambar ramai bersama kedua-dua belah pihak.

Seterusnya, murid Tampines North Primary School memberi penerangan pendek tentang sekolah mereka sambil mempromosikan budaya Negara Singapura.

Diikuti dengan penerangan pendek daripada Guru Besar Sekolah Rendah Batu Marang, Cikgu Hajah Noraini binti Haji Timbang tentang sejarah sekolah dan Kampung Batu Marang.

Puan Fadzilah, selaku ketua lawatan dan guru kanan Tampines North Primary school telah berkesudian memberi ucapan penghargaan pendek kepada pihak sekolah dan kampung kerana menerima lawatan tersebut dengan hati terbuka. Sebelum menikmati sedikit sarapan ringan, kedua belah pihak saling bertukar hadiah kenang-kenangan.

Pameran yang pelbagai

Guru-guru dan murid-murid Singapura meneruskan lawatan ke pondok-pondok pameran yang disediakan di kawasan lapang Sekolah Rendah Batu Marang yang mempamerkan makanan tradisi, pakaian, permainan dan budaya Negara Brunei Darussalam.

Pelawat juga dipersilakan untuk ikut serta dalam permainan dan merasai berbagai makanan (ambuyat, sesagun, tempoyak, dll.) yang disediakan oleh ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa Murid.

Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Batu Marang mengalu-alukan kedatangan pelawat.
Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Batu Marang mengalu-alukan kedatangan pelawat.
Guru Besar Sekolah Rendah Batu Marang menyambut kedatangan para pelawat.
Guru Besar Sekolah Rendah Batu Marang menyambut kedatangan para pelawat.

Selepas itu. Ketua kampong Batu Marang, Haji Maidin bin Tarif, membawa pelawat Singapura melawat sekitar kampung di mana penduduk kampung telah menyediakan empat pondok (pondok rambat, pukat, perkakas mengail, sawar, membuat belacan yang masing-masing tersedia dengan demo sekali).

Semua pelawat telah diberi kesempatan mencuba mengail dan membuat belacan menggunakan alu dan lesung. Pelawat merasa gembira dan berbesar hati dapat merasai pengalaman tak ternilai tersebut.

Di akhir lawatan, murid dari Singapura dan Sekolah Rendah Batu Marang telah bergambar ramai sekali lagi. Guru-guru dan murid-murid Tampines North Primary school merasa gembira dan berpuas hati yang mereka telah dapat mencapai objektif lawatan iaitu untuk mengenali dan merasai sendiri kebudayaan hidup sekolah dan salah sebuah kampung Ayer di Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA