Lawatan sambil belajar ke TelBru

Lawatan sambil belajar ke TelBru

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Kira-kira 20 pelajar dari Politeknik Brunei yang disertai pensyarah-pensyarah mereka hari ini mengadakan lawatan ke TelBru Telephone House di Sumbiling.

Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar tahun pertama pengajian Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam kursus Komunikasi dan Kejuruteraan Sistem.

Menurut kenyataan TelBru, di sini, tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mempelajari lebih lanjut mengenai khidmat-khidmat telekomunikasi di Brunei, mendapat pengetahuan dan pemahaman yang lebih baik terhadap sistem teras dan rangkaian TelBru, mendedahkan para pelajar kepada teknologi terkini dalam industri telekomunikasi, dan juga untuk menolong mereka memahami lebih lanjut mengenai kursus mereka daripada segi praktikal.

Sumbiling Telephone House merupakan salah sebuah bangunan TelBru yang sudah lama yang merangkumi kesemua majoriti operasi teknikal dan tempat stesen penyelenggaraan seperti kabel-kabel telefon, pautan-pautan broadband, pusat kawalan IT dan pautan-pautan server.

Ketika lawatan itu, para pelajar membuat kunjungan ke beberapa unit pengendalian utama di TelBru seperti pusat rangkaian operasi, pemantauan rangkaian, transmisi, telefon dan operasi penukaran dan penyelenggaraan, broadband dan multimedia Internet, dan sistem operasi Datacom.

Gambar ramai rombongan Politeknik Brunei bersama warga TelBru.
Gambar ramai rombongan Politeknik Brunei bersama warga TelBru.

Sewaktu lawatan itu, para pelajar dibantu oleh kakitangan teknikal TelBru dari setiap unit dalam memberikan penjelasan teliti mengenai proses terkini dan aliran kerja beberapa sistem operasi dan penyelenggaraan yang boleh memberi manfaat kepada para pelajar daripada segi kursus-kursus praktikal di masa akan datang dan penulisan tugasan-tugasan.

TelBru, sebagai peneraju syarikat telekomunikasi di negara ini sering menyokong terhadap minat-minat pembelajaran yang ditunjukkan oleh para pelajar yang belajar dalam industri ini.

ARTIKEL YANG SAMA