Lawatan sambil belajar pasca-peperiksaan

Lawatan sambil belajar pasca-peperiksaan

Oleh NAJ

 

SERIA, 9 Nov – Seramai 65 orang pelajar disertai oleh enam pegawai dari Program Penempatan Pelajar Tahun 6, pada Asrama Maktab Duli Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), di sini.

Lawatan rombongan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Asrama program berkenaan, Awang Mohammad Ariffin bin Haji Matusin, bertujuan bagi mendedahkan para pelajar mengenai dengan cara-cara penggalian minyak dan gas di samping sebagai aktiviti para pelajar berkenaan selepas menduduki Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

Kedatangan rombongan dialu-alukan oleh pegawai OGDC dan seterusnya dibawa melawat ke dewan pameran yang diketuai oleh penghubung-penghubung sains OGDC.

Ketika berada di dewan berkenaan para pelajar juga mencuba pelbagai aktiviti yang dipamerkan di sana dan turut sama dalam aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh pegawai dari OGDC.

Rombongan pelajar bergambar di luar bangunan OGDC.
Rombongan pelajar bergambar di luar bangunan OGDC.
Para pelajar ketika berada di salah satu dewan pameran di OGDC.
Para pelajar ketika berada di salah satu dewan pameran di OGDC.

ARTIKEL YANG SAMA