Lawatan sambil belajar

Lawatan sambil belajar

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Para pelajar Sekolah Ugama Tumpuan Telisai, Tutong di bawah program Pendidikan Khas Agama, baru-baru ini, mengadakan aktiviti lawatan ke Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 yang diadakan di Stadium Tertutup, Berakas, di sini.

Aktiviti tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas agama untuk menikmati lawatan ini serta memberi mereka pendedahan dalam berinteraksi dan bersosial dengan sekeliling mereka.

Antara lain, ia juga bertujuan untuk mendedahkan murid-murid untuk mengetahui hal-hal yang mungkin belum mereka pelajari dan ketahui selama ini.

Murid-murid Sekolah Ugama Tumpuan Telisai bergambar ramai di Pesta Buku Brunei bersama guru-guru pengawas.
Murid-murid Sekolah Ugama Tumpuan Telisai bergambar ramai di Pesta Buku Brunei bersama guru-guru pengawas.

ARTIKEL YANG SAMA