Layanan tidak adil, Kyrgios tarik diri

Layanan tidak adil, Kyrgios tarik diri

SYDNEY, 3 Mei – Pemain tenis nombor satu Australia, Nick Kyrgios mengambil keputusan tidak akan bermain di Olimpik Rio, Ogos ini dengan mendakwa ia disebabkan ‘soal layanan tidak adil’ Jawatankuasa Olimpik negara itu.

Pemain nombor 19 dunia itu menyertai pemain nombor 22 dunia, Bernard Tomic menarik diri daripada pemilihan selepas pasangan itu diberi amaran mengenai tingkah laku mereka oleh ketua kontinjen Australia, Kitty Chiller bulan lalu.

“Dengan berat hati saya membuat keputusan untuk tidak bertanding pada temasya Olimpik 2016 di Rio de Janeiro,” kata Kyrgios dalam kenyataannya.

“Untuk membuat keputusan ini perlukan proses yang panjang dan sukar, dan saya sangat kecewa untuk meletakkan diri dalam keadaan seperti ini,” katanya.

“Malangnya, semasa saya telah menyatakan setiap niat untuk cuba memenangi pingat untuk negara saya di Rio, ia sangat jelas kepada saya bahawa Jawatankuasa Olimpik Australia mempunyai rancangan lain,”

Kyrgios semasa dalam perlawanan pusingan ketiga menentang Richard Gasquet di Roland Garros 2016, Paris pada 27 Mei lalu. Kyrgios mengambil keputusan tidak akan bermain di Olimpik Rio, disebabkan ‘soal layanan yang tidak adil’ Jawatankuasa Olimpik negara itu. –“ AFP
Kyrgios semasa dalam perlawanan pusingan ketiga menentang Richard Gasquet di Roland Garros 2016, Paris pada 27 Mei lalu. Kyrgios mengambil keputusan tidak akan bermain di Olimpik Rio, disebabkan ‘soal layanan yang tidak adil’ Jawatankuasa Olimpik negara itu. –“ AFP

“Layanan AOC yang tidak adil kepada saya sejak empat minggu lalu, serta kedudukan organisasi sama ada mereka mahu saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Olimpik Australia, telah mengukuhkan keputusan saya.”

Beliau mengambil keputusan itu berikutan perbalahan dengan chef de mission AOC, Kitty Chiller, yang telah menyuarakan kebimbangan mengenai pemilihan Kyrgios dan Tomic kerana tingkah laku mereka. Chiller mengakui keputusan Kyrgios ‘dalam satu kenyataan ringkas Jumaat, sambil menambah bahawa “dalam hal pemilihan setiap atlet dalam perdebatan adalah layanan yang sama dan adil”.

“Kami mempunyai ulasan lanjut me-ngenai isu ini,” jelasnya. – AFP