Lazio berpesta gol

Lazio berpesta gol

MILAN, 12 Feb – Alessandro Matri, Stefano Mauri dan Antonio Candreva, menggegar gawang ketika Lazio menewaskan Verona 5-2 ,sekali gus membantu mereka mendaki ke tangga ketujuh Serie A, pagi tadi.

Kemenangan di Stadio Olimpico itu juga menyaksikan skuad kendalian Stefano Pioli menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan.

Lazio bagaimanapun hampir kehilangan kelebihan tiga gol dalam aksi terbabit selepas Verona merapatkan jurang menerusi jaringan Luca Toni dan Leandro Greco untuk menjadikan kedudukan 3-2 dengan tempoh permainan berbaki 11 minit.

Namun, dua gol lewat permainan oleh Balde Keita dan Candreva memastikan tiga mata penuh menjadi milik Lazio sekali gus menyalakan semula peluang mereka untuk mencari tiket Liga Juara-juara.

Felipe Anderson menjaringkan gol pada minit ke-69 ia adalah lebih mudah, tembakan Brazil ke gawang yang kosong sebagai pertahanan Verona yang longgar dan membenarkan Matri dengan mudah memasuki kawasan lawan dan menjaringkan gol.

Alessandro Matri (tengah) membuka pesta gol bagi skuat Lazio. – Reuters
Alessandro Matri (tengah) membuka pesta gol bagi skuat Lazio. – Reuters

Verona mengembara ke Stadio Olimpico dalam mencari kemenangan kedua mereka musim ini menentang pasukan Lazio terdesak untuk menamatkan tiga perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan. – AFP