Lazio cuba kekang Juve

Lazio cuba kekang Juve

MILAN, 19 April (AFP) – Pemain midfield dari Nigeria, Ogenyi Onazi akan bergandingan dengan veteran Jerman Miroslav Klose esok apabila Lazio cuba menghalang perancangan Juventus untuk menjulang gelaran.

Dengan Juventus sembilan mata di depan Napoli yang berada di tangga kedua ketika musim berbaki lima perlawanan, pasukan dari Turin dengan jersi hitam dan putih itu bersedia bagi menghalang kejayaan kelab utara Itali itu untuk mencatat rekod gelaran Serie A kelima berturut-turut.

Satu-satunya kejayaan yang menggerunkan dicapai Juventus adalah pada 1935, jadi kejayaan gelaran tahun ini seharusnya menjadi sesuatu yang istimewa.

Jurulatih Lazio, Simone Inzaghi mengakui dia tidak terlalu teruja menjelang usahanya bagi kemenangan ketiga berturut-turut sejak mengambil alih tetapi Onazi dan Klose mungkin tidak bersetuju.

Pemain dari Nigeria berusia 23 tahun itu adalah pemain terbaik Lazio Ahad lalu apabila menyudahkan umpanan Klose ke gawang Empoli bagi gol pertamanya musim ini dan menyelamatkan kemenangan 2-0.

Lazio sekarang hanya empat mata di belakang AC Milan dalam menempah tempat bagi kemugkinan ke kelayakan Europa dan Onazi berkata: ‘Kami melakukan yang terbaik untuk berada dalam Liga Europa.”

Ia adalah kemenangan pertama Inzaghi di Stadio Olimpico, setelah memulakan kerjaya teratasnya selepas pemecatan Stefano Pioli dua minggu lalu dengan kemenangan 3-0 di Palermo.

Kehilangan keyakinan telah kembali ke dalam pasukan, tetapi Inzaghi, adik kepada bekas penyerang AC Milan dan jurulatih Filippo, mengakui mereka kekurangan menentang pasukan Juve yang bersedia untuk melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 24 perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA