Lazio layak ke Liga Juara-juara

Lazio layak ke Liga Juara-juara

ROM, 1 Jun (Reuters) – Lazio terselamat daripada serangan desakan Napoli dan tendangan penalti yang tidak masuk sebelum memenangi perlawanan yang sangat mendebarkan dengan kemenangan 4-2 di pihak lawan dan sekali gus mengakhiri di tempat ketiga Liga Serie A dan melayakkan bermain di pusingan play-off di Liga Juara-Juara.

Napoli yang memerlukan kemenangan tersebut bagi merangkul tangga ketiga liga di perlawanan terakhir jurulatih Rafael Benitez, ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama melalui gol daripada Marco Parolo dan Antonio Candreva.

Gonzalo Higuain cuba untuk merapatkan jurang dan berjaya menjaringkan dua gol dalam masa 10 minit selepas waktu rehat, akan tetapi peluang keemasan dibazirkan apabila pemain Argentina itu gagal menyudahkan sepakan penalti jauh melimpasi tiang gol.

Ogenyi Onazi membawa Lazio semula di depan dengan jumlah masa tinggal lima minit dan Miroslav Klose memastikan kemengan Lazio apabila berjaya menjaringkan gol di masa tambahan.

Lazio selepas memenangi perlawanan tersebut. – Reuters
Lazio selepas memenangi perlawanan tersebut. – Reuters

Sementara itu, pemain Intermilan Mauro Icardi menjaringkan dua gol dalam perlawanan mereka menamatkan Liga Serie A sebagai penjaring terbanyak bersama pemain Luca Toni dari Verona dengan jumlah 22 gol yang telah berjaya membuat jaringan 2-2 di perlawanan di tempat sendiri menentang Juventus hari Sabtu.

Tempat kedu AS Roma pula kalah 2-1 di tempat sendiri di perlawanan terakhir mereka menentang Palermo.

ARTIKEL YANG SAMA