LCB lawat Kampung Pudak

LCB lawat Kampung Pudak

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Rombongan seramai 70 pelajar bersama empat pensyarah dari Kolej Perdagangan Laksamana (LCB), kelmarin, telah mengadakan lawatan ke Kampung Pudak, sebagai sebahagian daripada aktiviti luar kurikulum di bawah Kelab Kembara.

Kelab berkenaan baru sahaja ditubuhkan dengan tujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada budaya dan warisan Brunei Darussalam serta mempromosikan gaya hidup sihat.

Lawatan ke kampung berkenaan pula bertujuan untuk memberi khidmat masyarakat dengan menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai, pakaian dan barangan rumah kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, mereka bukan sahaja melakukan khidmat masyarakat malahan mendengarkan taklimat ringkas mengenai sejarah Kampung Pudak dan diikuti dengan sesi pengenalan di antara para pelajar serta berhibur dengan aktiviti-akviti seperti mendaki dan berkayak.

Warga LCB bergambar ramai bersama pemangku Ketua Kampung Pudak.
Warga LCB bergambar ramai bersama pemangku Ketua Kampung Pudak.

ARTIKEL YANG SAMA