LCS mudahkan permohonan

LCS mudahkan permohonan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Orang ramai tidak lama lagi boleh membuat permohonan-permohonan yang ada di Jabatan Buruh secara online bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di jabatan berkenaan melalui Labour Control System (LCS).

Sistem permohonan atas talian yang mencatatkan mercu tanda bersejarah bagi Jabatan Buruh akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan dilaksanakan pada skala kecil dalam memastikan kesesuaiannya yang mana sistem itu akan mula beroperasi dalam masa yang terdekat.

Perkara itu dijelaskan oleh Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof dalam ucapan alu-aluannya di Majlis Pelancaran LCS dan pelancaran laman sesawang Jabatan Buruh baru yang berlangsung di Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Jalan Dewan Majlis, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran LCS dan laman sesawang itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, setiausaha-setiausaha tetap di KHEDN, Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di KHEDN, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar dan Haji Idris bin Haji Mohd Ali, para pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh.

Yang Berhormat Pehin Haji Badaruddin menyaksikan dan diberikan penerangan mengenai sistem LCS yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat.
Yang Berhormat Pehin Haji Badaruddin menyaksikan dan diberikan penerangan mengenai sistem LCS yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat.

Beliau menambah, di peringkat permulaan, Jabatan Buruh akan mengadakan sesi-sesi latihan kepada agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar di Jabatan Buruh yang akan berjalan selama tiga hingga empat minggu sebagai pendedahan dan membiasakan mereka agar LCS berjalan dengan lancar.

“Setelah sesi latihan kepada agensi-agensi ini selesai, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir ke jabatan ini bagi mencuba dan seterusnya melihat sendiri tatacara membuat permohonan-permohonan berkenaan.”

Haji Rani dalam ucapannya menjelaskan bahawa LCS bukan sahaja akan dapat memberikan kemudahan kepada orang ramai tetapi ia juga akan dapat membantu proses-proses dalaman Jabatan Buruh.

Antara faedah LCS kepada orang ramai dan juga kakitangan Jabatan Buruh adalah untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai yang mana permohonan boleh dibuat secara online, meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai yang mana permohonan akan dapat diproses dengan lebih efisien dan sistematik, dapat mengurangkan tempoh Tekad Pemedulian Orang Ramai, untuk mencegah pemalsuan dokumen-dokumen seperti lesen syarikat dan juga sokongan pas kerja.

“Ini kerana dokumen-dokumen ini dikeluarkan melalui sistem itu sendiri dan pegawai-pegawai yang berkenaan akan memantau perjalanan permohonan-permohonan dan memastikan ia tidak lambat diproses.”

Yang Berhormat Pehin menyempurnakan pelancaran LCS dan laman sesawang rasmi Jabatan Buruh.
Yang Berhormat Pehin menyempurnakan pelancaran LCS dan laman sesawang rasmi Jabatan Buruh.
Haji Rani menjelaskan mengenai sistem permohonan dalam talian yang baru dilancarkan itu.
Haji Rani menjelaskan mengenai sistem permohonan dalam talian yang baru dilancarkan itu.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin dan Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Halbi bergambar ramai bersama para pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh selepas pelancaran LCS.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin dan Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Halbi bergambar ramai bersama para pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh selepas pelancaran LCS.

Beliau menerangkan lanjut bahawa, sistem itu akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat dan di peringkat awal, pelancaran hanya akan dibuat bagi permohonan Lesen Perkhidmatan Rumah Tangga Persendirian (Amah) iaitu khusus bagi permohonan lesen baru sahaja dan permohonan bagi penandatanganan kontrak bagi pekerja baru iaitu lesen baru dikeluarkan melalui LCS.

Haji Rani berkata, “Dalam pada itu, walaupun dengan persediaan dan persiapan yang rapi daripada semua pihak yang terlibat, Jabatan Buruh menjangkakan akan kemungkinan timbulnya masalah-masalah teknikal berkaitan dengan sistem pada peringkat awal ini.

“Jabatan Buruh akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya jika adanya terjadi masalah seperti ini, bagi memastikan sistem ini akan berjalan dan teratur.”

Sementara itu, menyentuh mengenai dengan pelancaran laman sesawang rasmi Jabatan Buruh yang baru, Haji Rani berkata laman sesawang itu diberikan wajah baru dan lebih kontemporari yang mana di antara penambahbaikan yang dilaksanakan adalah memberikannya wajah korporat yang mempunyai enjin pencari, mempunyai pautan dengan kementerian-kementerian serta juga kepada media sosial seperti Facebook.

Beliau menyatakan harapan dengan penambahbaikan yang dilaksanakan itu, ia akan menjadi laman sesawang yang lebih menarik dan interaktif.

Majlis diteruskan dengan pelancaran LCS dan laman sesawang baru Jabatan Buruh yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin.

Beliau juga berpeluang untuk menyaksikan dan mendengar penerangan lebih terperinci mengenai LCS.

ARTIKEL YANG SAMA