Leah Orel pemenang ‘You.C1000 Kick The Thirst Draw’

Leah Orel pemenang ‘You.C1000 Kick The Thirst Draw’

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Leah Orel telah dipilih sebagai pemenang bertuah bagi ‘You.C1000 Kick The Thirst Draw’ sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa telefon pintar Samsung S6.

Pada majlis cabutan dan penyampaian hadiah yang berlangsung di ruang legar Hua Ho Manggis Mall, petang tadi, turut menyaksikan beberapa pemenang lain membawa pulang hadiah cenderamata edisi terhad Manchester United dan Brunei DPMM FC serta baucar membeli-belah bernilai $50.

Hadiah bagi pemenang utama telah disampaikan oleh Pengu-rus Perusahaan Hui Huang, Katherine Hii, manakala itu, Wardun Yussof dan Sairol Sahari yang merupakan pemain DPMM FC menyampaikan cenderamata edisi terhad Manchester United dan Brunei DPMM FC.

(kiri) Leah Orel menerima hadiah berupa Samsung S6 daripada Katherine Hii (kanan) setelah memenangi hadiah utama cabutan ‘You.C1000 Kick The Thirst Draw’ berlangsung di ruang legar Hua Ho, Manggis Mall.
(kiri) Leah Orel menerima hadiah berupa Samsung S6 daripada Katherine Hii (kanan) setelah memenangi hadiah utama cabutan ‘You.C1000 Kick The Thirst Draw’ berlangsung di ruang legar Hua Ho, Manggis Mall.

Promosi cabutan bertuah anjuran Perusahaan Hui Huang ini telah berlangsung sejak 25 Mei hingga hari ini dan dibukakan kepada semua pemegang kad pengenalan Brunei Darussalam.

Untuk menyertai cabutan ini, pelanggan hanya perlu membeli pek minuman vitamin You.C1000 (6 X 140ml atau 4 X 500ml) dan isi borang penyertaan kemudian memasukkan borang yang lengkap diisi ke dalam kotak penyertaan yang disediakan di Hua Ho Manggis Mall.

ARTIKEL YANG SAMA