Leanne Caret dilantik sebagai presiden perniagaan pertahanan Boeing

Leanne Caret dilantik sebagai presiden perniagaan pertahanan Boeing

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) – Lembaga Pengarah Boeing melantik Leanne Caret sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi perniagaan Pertahanan, Angkasa & Keselamatan syarikat itu berkuat kuasa 1 Mac.

Menurut kenyataan Boeing, beliau akan menggantikan Chris Chadwick yang mengumumkan persaraannya.

Caret, 49, yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Boeing, kini mengetuai perniagaan Perkhidmatan dan Sokongan Global, yang mempunyai kira-kira 13,000 pekerja di 295 lokasi di seluruh dunia.Perniagaan yang menyumbang US$9 bilion hasil itu merupakan kontraktor logistik berprestasi terbaik dan peneraju industri dalam penyediaan perkhidmatan dalam pelbagai produk dan sistem jitu untuk ketenteraan.

“Beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, berintensifkan pelanggan, dan memiliki kepintaran global yang diperlukan dalam membangunkan kekuatan sedia ada dalam perniagaan pertahanan, angkasa dan keselamatan kami, dan mengembangkannya pada masa akan datang,” kata Pengerusi, Presiden dan CEO Boeing Dennis Muilenburg.

ARTIKEL YANG SAMA