Lebah Bumble diancam kepupusan

Lebah Bumble diancam kepupusan

PORTLAND, Oregon, 23 Sept – Para pegawai hidupan liar persekutuan semalam membuat rekomendasi rasmi untuk menyenaraikan lebah Bumble sebagai spesis terancam kerana ianya telah hilang kira-kira 90 peratus dari julat bersejarahnya dalam tempoh dua dekad lalu.

US Fish & Wildlife Service membuat rekomendasi itu selepas Xerces Society yang beribu pejabat di Portland, Oregon merayu agensi itu bagi penyelidikan lebah itu pada tahun 2013 dan mengemukakan kajian yang menunjukkan ia dalam kepayahan disebabkan kombinasi penyakit, kehilangan habitat, perubahan iklim dan penggunaan racun perosak berlebihan pada tanaman komersial.

Jika diluluskan, spesis ini akan menjadi lebah pertama disenaraikan sebagai terancam di benua AS, menurut Rich Hatfield, ahli biologi pemuliharaan kanan di Xerces Society.

Kumpulan itu, yang menyokong bagi pemeliharaan serangga pendebunga seperti rama-rama dan lebah, menggunakan ‘ahli sains rakyat’ untuk mengira lebah bumble.

Gambar yang disediakan oleh Xerces Society pada Ogos 2015 menunjukkan seekor lebah Bumble mengambil madu bunga di Madison, AS. – AP
Gambar yang disediakan oleh Xerces Society pada Ogos 2015 menunjukkan seekor lebah Bumble mengambil madu bunga di Madison, AS. – AP

Julat lebah ini pernah berada di 28 buah negeri dari Minnesota hingga Maine dan ke beberapa bahagian Kanada tetapi kini terhad kepada koloni kecil dan berselarak di kira-kira dua belas negeri, termasuklah Illinois, Ohio dan Minnesota dan sebuah wilayah Kanada, menurut Fish & Wildlife Service berkata dalam satu kenyataan semalam.

Meskipun jumlah habitat tersebut itu mungkin hilang atau berkurang apabila kiraan terakhir dilakukan dalam tahun 2000, menurut agensi. “Sangat sukar untuk menjejaki,” ia bukan seperti lebah madu yang di luar kotak dan orang boleh keluar dan mengira, dengan itu mengesan jejaknya di hidupan luar sangat sukar,” Hatfield berkata tentang bilangan lebah bumble.

Lebih ini mendapat namanya dari bentuk bulan sabit, tompok kemerah-merahan pada bahagian perutnya. Ia adalah salah satu dari 4,000 spesis lebah di Amerika Utara, menurut Hatfield.

Adalah pendebunga penting bagi tumbuhan seperti kranberi, beri biru dan tomato dan semakin digunakan dalam perladangan komersial kerana ia lebih besar dan lebih kuat dari lebah madu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA