Lebaran dirai bersama

Lebaran dirai bersama

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Kemeriahan Lebaran terus diraikan di sana-sini dan Jabatan Perkhidmatan Pergigian turut meraikannya bersama-sama pegawai dan kakitangan lima bahagian di bawah jabatan itu di Ruang Legar Pusat Pergigian, Lapangan Terbang Lama, Berakas hari ini.

Hadir di majlis itu ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Uniknya keraian Lebaran ini kali ini telah menghidangkan pelbagai juadah dan minuman yang disediakan sendiri oleh kakitangan dari lima bahagian di jabatan itu, terdiri daripada Bahagian Pentadbiran, Doktor Pergigian, Kejururawatan Pergigian, Makmal Pergigian dan Pembantu Pergigian.

Majlis sebegitu adalah dihasratkan dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan para pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Perkhidmatan Pergigian berkenaan.

Yang Berhormat Pehin ketika menghadiri majlis Aidilfitri di Ruang Legar Pusat Pergigian.
Yang Berhormat Pehin ketika menghadiri majlis Aidilfitri di Ruang Legar Pusat Pergigian.
Keraian lebaran yang menghidangkan pelbagai juadah dan minuman yang disediakan oleh kakitangan dari lima jabatan berkenaan.
Keraian lebaran yang menghidangkan pelbagai juadah dan minuman yang disediakan oleh kakitangan dari lima jabatan berkenaan.

pg08_150804_b

ARTIKEL YANG SAMA