Lebedev kekal juara cruiserweight WBA

Lebedev kekal juara cruiserweight WBA

KAZAN, Rusia, 5 Nov (Agensi) – Petinju Rusia Denis Lebedev mengekalkan kejuaraan cruiserweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) semalam dengan menumpaskan petinju Nigeria yang belum pernah dikalahkan Lateef Kayode.

Lebedev mendominasi gelanggang sepanjang pertarungan dan menumbangkan Kayode tiga kali sebelum pengadil menghentikan pertarungan dalam pusingan kelapan dengan petinju Nigeria itu cuba bertahan di tali gelanggang.

“Saya seronok mencatatkan kemenangan,” kata Lebedev, sambil menambah bahawa dia sebenarnya rakan baik Kayode tetapi “hari ini kami saling berkata, 4 November, kita bukan sahabat.”

Lebedev meningkatkan rekod karier kepada 28-2, sementara Kayode turun kepada 21-1. Juga semalam, seorang lagi petinju Rusia, Eduard Troyanovsky memenangi kejuaraan light welterweight Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) dengan keputusan TKO ke atas penyandang juara Cesar Rene Cuenca dari Argentina.

Denis Lebedev. – AFP
Denis Lebedev. – AFP