Lebih 100 ahli keluarga berhimpun

Lebih 100 ahli keluarga berhimpun

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kekeluargaan, sebuah keluarga besar telah mengadakan acara Hari Keluarga yang diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Lebih 100 orang ahli keluarga Awang Buang @ Abbas bin Tanjong telah berkumpul bagi menghadiri acara yang diadakan di Bukit Amas, Kampung Kulapis, kelmarin.

Beberapa acara telah dijalankan, antaranya menyambung straw, menyusun cawan plastik, memutik gula-gula, melukis gambar, isi air dalam botol, meneka jumlah gula-gula, lumba makan roti, teka soalan, main dart, dan diikuti dengan permainan golf dan banyak lagi.

Ahli keluarga menyertai permainan dalam Sambutan Hari Keluarga di Kampung Kulapis.
Ahli keluarga menyertai permainan dalam Sambutan Hari Keluarga di Kampung Kulapis.

Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang perlawanan permainan yang diadakan.

Di samping itu, ahli keluarga yang lahir pada bulan Februari turut diraikan dalam majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA