Lebih 100 cedera dalam kemalangan feri

Lebih 100 cedera dalam kemalangan feri

HONG KONG, 26 Okt (dpa) – Lebih 100 orang tercedera apabila feri laju melanggar benda yang tidak dikenal pasti di Hong Kong, menurut kerajaan hari ini.

Feri yang membawa 163 orang penumpang dan 11 krew itu dalam perjalanan dari Macau menuju Pulau Hong Kong sekitar pukul 6 petang semalam apabila ia kehilangan kuasa dan air mulai masuk, selepas melanggar benda di perairan selatan Pulau Lantau, Hong Kong.

Penumpang-penumpang yang cedera parah telah dibawa ke hospital Eastern, Queen Mary dan Ruttonjee, menurut kenyataan Setiausaha Makanan dan Kesihatan, Ko Wing-man.

Sebilangan penumpang mengalami patah tulang dan kecederaan pada tulang rusuk, rahang dan bahu mereka, menurut Ko.

ARTIKEL YANG SAMA