Lebih 100 dirawat setiap hari

Lebih 100 dirawat setiap hari

KATHMANDU, 3 Mei – Pasukan perubatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terus berusaha sedaya upaya memberikan rawatan dan tumpuan kepada penduduk Gorkana di Nepal meskipun permintaan untuk rawatan semakin meningkat, membuatkan klinik terus sibuk dengan kedatangan pesakit yang jumlahnya lebih daripada 100 pesakit setiap hari.

Semalam (2 Mei), doktor dan paramedik berjaya merawat kira-kira 300 mangsa gempa bumi Nepal di tapak Gorkana sehingga 5 petang, yang mana rawatan-rawatan yang diberikan adalah seperti anggota badan terseliuh, lebam dan asma kronik, cirit-birit dan dehidrasi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, selesai sahaja memberikan rawatan, pasukan perubatan kembali ke tempat penginapan mereka di Pangkalan Perkhemahan Lapangan Terbang di mana mereka disertai oleh pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan pelbagai angkatan tentera asing yang menyediakan bantuan kemanusiaan.

Sebuah pasukan dari Kementerian Kesihatan Singapura juga telah tiba semalam dan menyertai Pasukan Perubatan ABDB dan SAF untuk memberikan bantuan, manakala itu, sebuah pasukan perubatan bergerak juga dihantar hari ini untuk meneroka tempat-tempat lain terjadinya gempa bumi.

Pasukan perubatan ABDB dan SAF bekerjasama untuk merawat penduduk tempatan. – Gambar Angkatan Tentera Singapura.
Pasukan perubatan ABDB dan SAF bekerjasama untuk merawat penduduk tempatan. – Gambar Angkatan Tentera Singapura.
Medik ABDB memberikan banyak bantuan. Gadis kecil ini ditimpa oleh batu bata semasa bergegas keluar dari rumahnya pada hari gempa bumi.
Medik ABDB memberikan banyak bantuan. Gadis kecil ini ditimpa oleh batu bata semasa bergegas keluar dari rumahnya pada hari gempa bumi.

Didokong dengan alat peralatan dan bekalan, unit ini bersedia untuk merawat beratus-ratus lebih ramai pesakit pada hari-hari yang akan datang, di mana kemungkinan besar beribu-ribu mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan di kawasan-kawasan terpencil semasa kejadian gempa bumi pada 25 April yang telah mengorbankan lebih 7,000 nyawa.

ARTIKEL YANG SAMA