Lebih 100 pelajar cemerlang SM YSHHB diraikan

Lebih 100 pelajar cemerlang SM YSHHB diraikan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Lebih 100 orang pelajar Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum telah diraikan dalam majlis yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, hari ini.

Hadir menyampaikan hadiah para pelajar yang diraikan berkenaan ialah Ahli Lembaga Urus Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengiran Datin Paduka Hajah Hairani binti Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar.

Anugerah-anugerah yang disampaikan termasuk cemerlang dari segi kehadiran sekolah, pembaca atas, pelajar cemerlang dalam CCA, Interhouse Scrabble Challenge, pelajar terbaik dalam CCA, juara cabaran antara rumah dan terbaik dalam mata pelajaran untuk Tahun 7 hingga 11.

Antara salah seorang pelajar cemerlang menerima hadiah daripada tetamu kehormat pada majlis itu.
Antara salah seorang pelajar cemerlang menerima hadiah daripada tetamu kehormat pada majlis itu.

Pengetua SM YSHHB, Dayang Noorhaizamdin bin Haji Mosbi berkata, majlis yang diadakan ini adalah sebagai penghargaan atas pencapaian pelajar, guru-guru dan ibu bapa serta penjaga atas sokongan mereka dalam memperkayakan kehidupan anak-anak dan melibatkan diri mereka dengan pembelajaran anak masing-masing.

Beliau seterusnya menyeru para pelajar untuk terus berusaha kerana ini merupakan satu pelaburan untuk mencapai kejayaan.

Majlis turut menyaksikan tayangan video yang memperlihatkan aktiviti sekolah serta persembahan tarian.

ARTIKEL YANG SAMA