Lebih 100 peserta sertai perlumbaan Mountain Bike

Lebih 100 peserta sertai perlumbaan Mountain Bike

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Bahyiah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Lebih daripada 100 penunggang hari ini telah menyertai Perlumbaan Mountain Bike anjuran Persekutuan Basikal Brunei Darussalam (BDCF) yang berlangsung di Hutan Simpan Berakas, di sini.

Perlumbaan yang turut disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan itu turut disaksikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof yang seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Dalam Kategori Terbuka Lelaki Rentas Desa, Awang Mohd Rafiuddin bin Zikara daripada Pasukan Basikal Laila Manja muncul juara dengan mencatat masa 1:33:49 diikuti Awang Muhd Nurjamri bin Jihari daripada Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei di tempat kedua yang mencatat masa 1:36:13 dan di tempat ketiga disandang oleh Awang Azmi bin Abdul Hadzid daripada Pasukan BRO’s Cycling dengan masa 1:41:02.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori Terbuka Lelaki Rentas Desa Perlumbaan Mountain Bike Persekutuan Basikal Brunei Darussalam (BDCF) 2015, Awang Mohd Rafiuddin bin Zikara.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa perlumbaan dan para pemenang Kategori Terbuka Lelaki Rentas Desa.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa perlumbaan dan para pemenang Kategori Terbuka Lelaki Rentas Desa.
Antara aksi dalam perlumbaan tersebut.
Antara aksi dalam perlumbaan tersebut.
Salah seorang peserta meredah rintangan yang terdapat di trek perlumbaan itu.
Salah seorang peserta meredah rintangan yang terdapat di trek perlumbaan itu.
Para peserta perlumbaan juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar beramai sebagai tanda kenang-kenangan.
Para peserta perlumbaan juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar beramai sebagai tanda kenang-kenangan.

Manakala dalam Kategori Rentas Desa Junior, Awang Hamizan bin Haji Herman daripada Pasukan Basikal Kedayan muncul juara dengan catatan masa 1:02:13, meninggalkan Awang Muhd Imanizayidi bin Haji Yunaidi dengan masa 1:05:50 di tempat kedua dan Awang Muhd Amirul Hasan bin Zakaria dengan masa 1:07:53 di tempat ketiga.

Sementara itu, dalam Kategori Down Hill Final, Awang Mohd Shahnizzam bin Haji Tamit daripada Pasukan BRO’s Cycling meraih tempat pertama dengan catatan masa 1:43.551, di tempat kedua Awang Muhd Nur Rahimin bin Haji Abdul Amin dengan masa 1:44.655 dan Haji Abdul Malik bin Haji Mohd Zaini dengan catatan masa 1:54.526 di tempat ketiga.