Lebih 100 rai Hari Republik India ke-67

Lebih 100 rai Hari Republik India ke-67

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam telah meraikan Hari Republik India ke-67 tahun dengan mengadakan Majlis Menaikkan Bendera Kebangsaan India di perkarangan suruhanjaya berkenaan di Jalan Sungai Akar, di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam yang baru, Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick berkata, Hari Republik India merupakan Hari Kebangsaan India yang diperingati setiap 26 Januari, walaupun India telah merdeka pada 15 Ogos 1947, konstitusi barunya disahkan pada 26 Januari 1950.

“Meraikan Hari Republik India sentiasa membawa banyak kegembiraan dalam kehidupan rakyat India yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata,” ujarnya sambil berkata, sambutan berkenaan bertujuan untuk mengingati perjuangan negara dan orang-orang India yang telah meletakkan India di peta dunia.

Beliau turut berkata, India juga akan terus dan sentiasa mengeratkan hubungan diplomatik antara India dan Brunei Darussalam, dari segi pembangunan, ekonomi dan banyak lagi.

Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick memberikan tabik hormat semasa lagu kebangsaan India dimainkan.
Puan Yang Terutama Nagma Mohamed Mallick memberikan tabik hormat semasa lagu kebangsaan India dimainkan.
Pesuruhjaya Tinggi India beramah mesra bersama warga India yang menghadiri majlis tersebut.
Pesuruhjaya Tinggi India beramah mesra bersama warga India yang menghadiri majlis tersebut.

Pada majlis itu, Puan Yang Terutama juga membacakan mesej Presiden India, kepada lebih 100 orang warga India yang menetap di Negara Brunei Darussalam untuk sama-sama merayakan sambutan hari republik berkenaan. Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India, jumlah warga India di Negara Brunei Darussalam pada masa ini telah mencapai lebih 10,000 orang, yang bekerja dalam pelbagai bidang.

Majlis menaikkan bendera telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi India diikuti dengan lagu kebangsaan India.

ARTIKEL YANG SAMA