Lebih 1,000 bot laut dalam masih aktif

Lebih 1,000 bot laut dalam masih aktif

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Sejumlah 1,261 bot menangkap ikan laut dalam masih beroperasi dan aktif di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh Anak Gumbek berkata bagi jumlah syarikat laut dalam pula terdapat 226 syarikat terdiri daripada 171 syarikat milik penuh Bumiputera dan 55 syarikat bukan Bumiputera.

“Di Sabah sahaja, pengeluaran lesen laut dalam yang dikeluarkan Pejabat Perikanan Negeri Sabah adalah 51 lesen,” katanya menjawab soalan Datuk Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang ingin tahu jumlah bot dan syarikat menangkap ikan laut dalam yang beroperasi dalam negara.