Lebih 1,000 kanak-kanak maut, cedera di Yaman – PBB

Lebih 1,000 kanak-kanak maut, cedera di Yaman – PBB

LONDON, 19 Ogos – Konflik kejam berbulan-bulan di Yaman mengorbankan atau mencederakan lebih 1,000 orang kanak-kanak, dan jumlah anak muda yang direkrut atau digunakan sebagai pejuang semakin meningkat, menurut agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) hari ini.

Kira-kira 400 kanak-kanak terbunuh dan lebih 600 mengalami kecederaan – purata lapan korban jiwa setiap hari – sejak pertempuran merebak pada akhir Mac, menurut UNICEF.

Gabungan diketuai Arab Saudi menyasarkan serangan ke atas pergerakan pemberontak Houthi yang disokong Iran – sejak lewat Mac dalam bidaan untuk mengembalikan semual jawatan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, yang melarikan diri ke Riyadh.

Perang tersebut mengorbankan lebih 4,300 orang, ramai kalangan mereka adalah orang awam, dan merebakkan penyakit serta masalah kebuluran di seluruh negara.

Lebih 1.3 juta orang terpaksa melarikan diri daripada kediaman mereka masing-masing sejak Mac, dan hampir 10 juta populasi berusia di bawah 18 tahun – memerlukan bantuan kemanusiaan segera, kata UNICEF dalam laporannya yang dikeluarkan hari ini.

Gambar fail bertarikh 15 Ogos 2015 menunjukkan perkumpulan wanita mengadakan demonstrasi menentang gabungan tentera diketuai Arab Saudi di luar pejabat PBB di Sanaa, ibu negara Yaman. – Reuters
Gambar fail bertarikh 15 Ogos 2015 menunjukkan perkumpulan wanita mengadakan demonstrasi menentang gabungan tentera diketuai Arab Saudi di luar pejabat PBB di Sanaa, ibu negara Yaman. – Reuters

“Kanak-kanak merasai kesan konflik bersenjata yang kejam yang semakin teruk pada Mac tahun ini dan tidak menunjukkan sebarang tanda bagi jalan penyelesaian,” kata agensi PBB tersebut.

“Konflik ini adalah suatu tragedi bagi kanak-kanak Yaman…mereka terbunuh akibat bom dan peluru manakala yang terselamat berdepan ancaman penyakit dan kekurangan zat makanan,” kata perwakilan UNICEF Yaman, Julien Harneis.

Laporan itu yang bertajuk “Yaman: Childhood Under Threat” berkata jumlah kanak-kanak yang direkrut atau digunakan dalam konflik adalah lebih berganda kepada 377 setakat ini pada 2015 berbanding 156 pada 2014. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA