Lebih 1,000 pelajar Maktab Sains sambut Hari Kebangsaan

Lebih 1,000 pelajar Maktab Sains sambut Hari Kebangsaan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Lebih 1,000 orang pelajar Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains) meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-32 yang diadakan di auditorium maktab tersebut, hari ini.

Sambutan yang membawa tema ‘Generasi Berwawasan’ itu telah dianjurkan oleh Bahagian Drama, Inggeris dan Perancis dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar maktab berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai kemudian disusuli dengan nyanyian lagu kebangsaan dan bacaan Ikrar Hari Kebangsaan tahun ini.

Persembahan nyanyian koir bertajuk ‘Bahagia Brunei Darussalam’ dan ‘Alus Jua Dendang’ daripada pelajar Tahun 9 dan 10 turut menyerikan lagi sambutan tersebut.

Kadet Tentera Maktab Sains mengetuai pembacaan Ikrar Hari Kebangsaan.
Kadet Tentera Maktab Sains mengetuai pembacaan Ikrar Hari Kebangsaan.

Sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan drama daripada Kelab Music & Theatre oleh Tahun 10.

Majlis yang diraikan setiap tahun itu adalah bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam sebagai tanda patriotik terhadap negara dalam mencapai visi negara selaras dengan tema ‘Generasi Berwawasan’.

ARTIKEL YANG SAMA