Lebih 1,000 sertai ekspo pakaian di Ho Chi Minh

Lebih 1,000 sertai ekspo pakaian di Ho Chi Minh

BANDARAYA HO CHI MINH, 31 Mac (Bernama) – Lebih 1,000 pengusaha daripada 24 buah negara berhimpun di Bandaraya Ho Chi Minh sempena Ekspo Industri Tekstil dan Pakaian Sai Gon ke-28 yang dibuka pada Rabu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Ekspo itu mewujudkan peluang besar kepada pengusaha pakaian tempatan untuk mengukuhkan hubungan serta peluang pelaburan dengan pengusaha asing.

Ia turut menyediakan peluang bagi mempertingkatkan pemindahan teknologi dan tahap kualiti pakaian buatan tempatan.

Berucap pada acara itu, Naib Pengerusi Jawatankuasa Perbandaran Le Van Khoa berkata industri tekstil dan pakaian merupakan antara sektor penting bagi ekonomi Vietnam dan Bandaraya Ho Chi Minh.

Beliau berkata pentingnya kerjasama dengan pengeluar utama dunia bagi bahan dan peralatan pakaian, memandangkan negara itu berhasrat menjadi satu daripada lima negara pengeksport pakaian terbesar dunia.