Lebih 10,000 akan perhati pilihan raya umum Myanmar

Lebih 10,000 akan perhati pilihan raya umum Myanmar

YANGON, Myanmar, 3 Nov (Agensi) – Seramai 10,500 pemerhati tempatan dan antarabangsa telah pun dihantar untuk mengawasi pilihan raya umum Myanmar pada 8 November yang telah memasuki pengiraan detik pelancaran lima hari lagi.

Menurut Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya (UEC), 10,500 pemerhati termasuk 1,118 yang mewakili diplomat, badan pengawasan pilihan raya antarabangsa dan 9,406 daripada pertubuhan pengawasan tempatan.

Selain daripada itu, 290 kakitangan media daripada 45 pertubuhan media asing akan membuat liputan dalam pilihan raya, kata suruhanjaya dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini.

Kenyataan itu meminta pemerhati supaya mematuhi tata kelakuan suruhanjaya yang dirangka untuk pemerhati dan undang-undang negara untuk mengelak sikap berat sebelah.

Dua pusat maklumat untuk keputusan pilihan raya dijangka dilancarkan di Pusat Keamanan Myanmar Yangon dan Pejabat Nay Pyi Taw UEC mulai hari pilihan raya.

Seramai 6,040 calon yang membabitkan 91 parti politik dan calon bebas akan bertanding untuk lebih 1,000 kerusi pada pelbagai peringkat parlimen dalam pilihan raya, menurut angka baru daripada suruhanjaya.

Suruhanjaya telah menetapkan 1,163 kawasan pengundian di tiga peringkat parlimen di seluruh negara, iaitu Dewan Perwakilan, Dewan Pertuanan, Parlimen Rantau atau Negeri yang juga membabitkan wakil etnik.

Daripada 1,163 kawasan pengundian, 330 adalah untuk kerusi Dewan Rakyat, 168 untuk Dewan Pertuanan, 636 untuk Parlimen Rantau atau Negeri dan 29 untuk wakil etnik. Terdapat 32 juta pengundi yang layak mengundi di negara.