Lebih 10,000 dijangkiti denggi

Lebih 10,000 dijangkiti denggi

YANGON, Myanmar, 29 Jun (Agensi) – Lebih 10,000 warga Myanmar dijangkiti demam denggi sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, mengorbankan lebih 40 orang, menurut Kementerian Kesihatan hari ini, lapor agensi berita China, Xinhua.

Negeri Mon di bahagian tenggara negara itu mendahului dengan sejumlah 2,182 kes, diikuti oleh wilayah Ayayawaddy dan Yangon.

Dengan Yangon mencatatkan kadar kematian tertinggi, terdapat kira-kira 200 hingga 250 kes demam denggi dilaporkan setiap hari di seluruh negara.

Pegawai projek anti demam denggi berkata penularan penyakit berpunca daripada nyamuk itu kini di peringkat peningkatan tahunan meskipun langkah pencegahan dan kawal sudah diambil di seluruh negara.

Kementerian menggesa bagi langkah pencegahan yang intensif pada musim hujan sekarang apabila penularan penyakit epidemik di Myanmar adalah perkara biasa.

Myanmar melaporkan lebih 13,000 kes demam denggi pada 2014 berbanding 20,255 pada 2013.

ARTIKEL YANG SAMA