Lebih 10,000 ...

Lebih 10,000 terima kurnia peribadi Baginda Sultan

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah ketika berkenan menyempurnakan penyampaian kurnia peribadi Baginda Sultan sempena Hari Raya Aidilfitri. – Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan kurnia peribadi kepada seramai 10,058 orang penerima yang terdiri daripada golongan tertentu dari Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Belait sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M, hari ini.

Majlis pengurniaan kurnia peribadi Baginda disempurnakan oleh paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia selaku wakil peribadi Baginda.

 (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)