Lebih 10,000 terjejas banjir di Myanmar

Lebih 10,000 terjejas banjir di Myanmar

YANGON, 10 Julai – Banjir teruk di negeri Rakhine, barat Myanmar telah menjejaskan lebih 10,000 orang semenjak minggu ini, menurut laporan media rasmi.

Dicetuskan hujan lebat berterusan di seluruh negeri Rakhine pada Isnin dan Selasa, banjir teruk melanda bandar-bandar Kyauktaw, Mrauk-U dan Minbya.

Hujan lebat setakat ini memusnahkan 11 tempat kediaman, empat buah jambatan dan sebatang jalan raya, menurut laporan yang memetik kerajaan setempat sebagai berkata.

Mangsa banjir sudah pun dipindahkan ke kawasan tinggi dan berlindung di biara-biara. Menurut laporan lain, tebing sungai di Laymyo dan Kaladan melimpahkan air, menjejaskan wad dan kampung-kampung di negeri itu.

Paras pasang surut mula meningkat pada Isnin dengan peningkatan hujan lebat pada Selasa, mengakibatkan sungai-sungai melimpahkan air, menenggelamkan beberapa kawasan.

Sejumlah 204 sekolah menengah dan rendah juga ditenggelami air, menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya Yangon-Sittway.

Dalam pada itu, bekalan bantuan juga diagihkan ke kawasan terjejas banjir. Banjir di negeri Rakhine juga merosakkan banyak kolam-kolam udang, menurut laporan.

Di Minbya sahaja, sekitar 2,935 hektar kolam udang atau 99 peratus daripadanya dijejaskan banjir, merugikan industri udang. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA