Lebih 100,000 berkunjung tiga hari ‘Istana Terbuka’

Lebih 100,000 berkunjung tiga hari ‘Istana Terbuka’

Oleh Rafidah Jumat, Imelda Groves HA & Syahmi Hassan
Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Majlis ‘Istana Terbuka’ berakhir semalam dengan merekodkan seramai 100,802 orang pengunjung sejak Istana Nurul Iman dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada Hari Raya kedua.

Pada hari terakhir kelmarin, seramai 33,299 orang telah berkunjung ke Istana Nurul Iman, dengan 14,870 orang berkunjung pada sebelah pagi, manakala itu, pada sebelah petang pula mencatatkan seramai 18,429 orang.

Meskipun terpaksa menunggu lama untuk giliran masing-masing menjunjung ziarah, ia tidak mematahkan semangat atau menghalang orang ramai untuk terus berbaris demi bersua dan menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain sambil menyembahkan ucapan ‘Selamat Hari Raya’.

Pada majlis itu kelmarin, Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung lelaki.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah serta kerabat dira-ja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung lelaki pada hari terakhir Istana Nurul Iman dibuka.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah serta kerabat dira-ja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung lelaki pada hari terakhir Istana Nurul Iman dibuka.

p04-2_20160711 p04-3_20160711

KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung perempuan.
KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung perempuan.

p04-5_20160711 p04-6_20160711 p04-7_20160711 p04-8_20160711

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung wanita.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Sebelum memulakan junjung ziarah, pengunjung terlebih dahulu menikmati pelbagai hidangan di mana mereka disajikan nasi Bukhara, spageti pomodoro, daging rendang tomato, ayam panggang desa, udang kalio, kambing kuzi, acar jelatah dan beraneka jenis kuih serta kek sebelum beredar ke ruang menunggu.

Selesai sahaja menjunjung ziarah, para pengunjung diberi cenderamata kenangan sempena kunjungan mereka ke Istana Nurul Iman pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di mana golongan kanak-kanak turut diberi sampul duit raya.

p04-9_20160711

Antara pengunjung perempuan yang tidak melepaskan peluang untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Raja Isteri.
Antara pengunjung perempuan yang tidak melepaskan peluang untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Raja Isteri.

ARTIKEL YANG SAMA