Lebih 100,000 kunjungi Istana

Lebih 100,000 kunjungi Istana

Oleh Imelda Groves HA & Hajah Saemah Kepli

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Seramai 105,692 orang telah berkunjung ke Istana Nurul Iman untuk bersua muka dan menyembahkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja sepanjang tiga hari Majlis Istana Terbuka Nurul Iman, yang berakhir hari ini.

Junjung ziarah hari ini menyaksikan sejumlah 27,912 orang pengunjung membanjiri istana dengan 13,522 orang menjunjung ziarah pada sebelah pagi dan 14,340 lagi pada sebelah petang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki.

Hadir sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah pada hari ketiga Majlis Terbuka Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri. - Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah pada hari ketiga Majlis Terbuka Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri. – Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung Istana Nurul Iman pada hari terakhir Majlis Istana Terbuka, kelmarin.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada para pengunjung Istana Nurul Iman pada hari terakhir Majlis Istana Terbuka, kelmarin.

p01-3_20150722

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri bagi hari terakhir Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri.
Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri bagi hari terakhir Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri.

p01-5_20150722

p01-6_20150722

Antara kerabat diraja yang berangkat hadir menerima junjung ziarah pada hari terakhir Majlis Istana Terbuka, kelmarin.
Antara kerabat diraja yang berangkat hadir menerima junjung ziarah pada hari terakhir Majlis Istana Terbuka, kelmarin.
Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung wanita.
Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung wanita.

p01-9_20150722

p01-10_20150722

Para pengunjung wanita berbaris untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.
Para pengunjung wanita berbaris untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

p01-12_20150722

p01-13_20150722

Sementara itu, di dewan berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima kunjungan ziarah daripada tetamu perempuan.

Hadir sama ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Kemeriahan Hari Raya terasa dengan kunjungan orang ramai yang terdiri daripada rombongan kementerian, jabatan kerajaan, sektor swasta, persatuan dan orang perseorangan.

Antara ribuan pengunjung, rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman bersama Timbalan Menteri, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, penghulu mukim, ketua perundingan mukim dan kampung seluruh negara juga tidak melepaskan peluang untuk berjunjung ziarah.

Setiap tahun Istana Nurul Iman akan dibuka untuk junjung ziarah bagi memberi peluang kepada orang ramai dari dalam dan luar negara untuk merasai pengalaman berhari raya bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja yang lain.

Inilah masanya untuk orang ramai dari pelbagai bangsa dan agama sama-sama menyaksikan kerabat diraja dengan lebih dekat lagi dan diberikan peluang menghulur tangan berziarah bersama kerbat diraja.

Di samping cenderahati kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia, para pengunjung juga disajikan pelbagai jenis hidangan menyelerakan sebelum berbaris masuk ke dewan junjung ziarah.

ARTIKEL YANG SAMA