Lebih 11,000 pelancong keluar

Lebih 11,000 pelancong keluar

MOSCOW, 9 Nov (Agensi) – Russia berkata lebih 11,000 pelancong negara itu keluar dari Mesir dalam tempoh 24 jam dan ramai lagi akan pulang, hari ini.

Berpuluh penerbangan khas disediakan untuk pelancong yang mahu pulang ke Russia. Sementara itu, penerbangan Russia yang membawa mayat mangsa – penerbangan keempat sejak nahas pada 31 Oktober lalu – mendarat di lapangan terbang Pulkovo, St Petersburg, sementara proses pengecaman mayat terus dilakukan.

Rabu lalu, UK menghentikan penerbangan ke dan dari resort berkenaan, susulan kenyataan pegawai perisikan UK bahawa pesawat Airbus itu kemungkinan dibom.

Presiden Russia, Vladimir Putin menandatangani larangan penerbangan sementara yang menjadi undang-undang, hari ini.

Orang ramai melihat papan maklumat di lapangan terbang Domodedovo Antarabangsa, di luar Moscow semalam.
Orang ramai melihat papan maklumat di lapangan terbang Domodedovo Antarabangsa, di luar Moscow semalam.

Pelancong Russia adalah antara pelancong asing ketiga terbesar di Mesir, kebanyakannya bercuti di pusat peranginan seperti Sharm el-Sheikh dan Hurghada. Tahun lalu, kira-kira tiga juta warga Russia menginap di pusat peranginan Mesir.

Pegawai kerajaan Russia berkata, terdapat kira-kira 80,000 pelancong negara itu di Mesir apabila Moscow mengambil keputusan untuk menghentikan penerbangan.

ARTIKEL YANG SAMA