Lebih 120 negara tandatangani perjanjian iklim

Lebih 120 negara tandatangani perjanjian iklim

PARIS, 7 April (AFP) – Lebih 120 negara sudah bersetuju menandatangani perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memerangi kepanasan global, kata Menteri Ekologi Perancis, Segolene Royal.

Royal berkata, kekuatan sokongan bermakna perjanjian suhu yang dicapai di Paris tahun lalu berkemungkinan akan disahkan di New York pada 22 April ini.

Hampir 200 kerajaan mencapai perjanjian pada Disember lalu yang menetapkan sasaran mengehadkan kepanasan global kepada ‘bawah’ 2.0 darjah Celsius berbanding paras sebelum perindustrian.

“Saya menetapkan objektif mendapat 100 tandatangan dan kita kini memperoleh lebih 120,” kata Royal yang mengambil alih COP21 tahun ini, kepada sidang akhbar di Paris.

COP21 adalah akronim bagi sidang kemuncak ke-21 pihak arena iklim PBB. Perjanjian 32 muka surat itu juga menggesa negara kaya mengumpul sekurang-kurangnya AS$100 bilion setahun dalam bantuan suhu bermula 2020.

Ségolène Royal meninggalkan Istana Presiden Elysee selepas menghadiri majlis menteri-menteri di Paris Rabu lalu. – AFP
Ségolène Royal meninggalkan Istana Presiden Elysee selepas menghadiri majlis menteri-menteri di Paris Rabu lalu. – AFP

Perjanjian itu akan mula berkuat kuasa, jika Sekurang-kurangnya 55 negara bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya 55 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global mengesahkan perjanjian itu.

Pengeluar utama pelepasan itu, Amerika Syarikat dan China akan menjadi antara negara yang menandatangani perjanjian iklim Paris di New York, Rumah Putih mengumumkannya minggu lepas.

Kesatuan Eropah juga bersetuju untuk menandatanganinya bulan lepas, dan Royal berkata negara yang sedang membangun, India, juga bersetuju.

“Kami juga telah menerima komitmen daripada hampir semua negara-negara Afrika,” katanya.

Royal, yang akan mengetuai forum iklim COP21 PBB, juga memainkan peranan penting dalam perjanjian tersebut, berkata 60 negara akan menghantar ketua perwakilan mereka bagi majlis menandatangani perjanjian itu di New York.