Lebih 1,200 pendatang diselamatkan di luar Libya

Lebih 1,200 pendatang diselamatkan di luar Libya

ROME, 27 Jan – Pengawal pantai Itali telah menyelamatkan 1,271 pendatang yang menaiki bot diperbuat daripada getah dan kayu dalam beberapa operasi berdekatan pantai Libya.

Itali menjadi pilihan sejak sekian lama bagi penghijrahan pendatang dari Afrika Utara, namun kebanyakan daripada beratus ribu pendatang yang tiba di Eropah mengambil laluan kurang berisiko menuju Greece tahun lalu.

Operasi menyelamat itu dijalankan dengan kerjasama tentera laut dan pengawal pantai serta tentera Slovenia.

Itali sebelum ini sering menjalankan operasi menyelamatnya sendiri, namun menyertai kerjasama Kesatuan Eropah berikutan krisis pendatang yang semakin teruk, terburuk sejak Perang Dunia Kedua. – Reuters