Lebih 12,000 pegawai polis digantung kerja

Lebih 12,000 pegawai polis digantung kerja

ANKARA, 4 Okt – Pihak berkuasa Turki menggantung kerja lebih 12,000 pegawai polis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ulama Islam Fethullah Gulen, yang dituduh dalang rampasan kuasa gagal pada Julai lalu, menurut ibu pejabat polis hari ini.

Daripada 12,801 pegawai, 2,523 adalah ketua-ketua polis yang digantung daripada tugas mereka sebagai siasatan atas percubaan rampasan kuasa, kata pihak berkuasa polis dalam satu kenyataan. Keseluruhannya, Turki mempunyai sekitar 270,000 pegawai polis.

Mereka telah digantung kerja kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Gulen yang Turki salahkan atas percubaan pemberontakan kilat yang cuba untuk menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan daripada kuasa.

Gulen, yang hidup dalam buangan di AS sejak 1999, dengan kerasnya menafikan pertuduhan Ankara.

Puluhan ribu orang dalam badan kehakiman, perkhidmatan awam, sektor pendidikan dan tentera telah digantung kerja sementara 32,000 suspek telah ditahan atas dakwaan mempunyai kaitan dengan pergerakan. – AFP