Lebih 13 juta pelancong kunjungi Dubai

Lebih 13 juta pelancong kunjungi Dubai

DUBAI, 4 Mei (AFP) – Dubai telah menerima lebih 13 juta pengunjung tahun lalu, menurut jumlah rasmi disiarkan hari ini, ketika emiriah yang kaya raya itu kelihatannya mengaut keuntungan daripada sektor pelancongannya yang semakin berkembang.

Sekitar 13.2 juta warga asing berkunjung ke Dubai pada 2014, bertambah 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut jabatan pelancongannya.

Menurutnya, ia berharap akan menarik 20 juta pelancong setahun ke Dubai menjelang 2020, apabila bandar itu akan menjadi tuan rumah bagi Ekspo Dunia.

Jumlah yang dikeluarkan pada Mac menunjukkan bahawa hotel-hotel di emiriah menunjukkan peningkatan sebanyak 9.8 peratus dalam hasil kepada $6.5 bilion tahun lepas – keputusan tahunan terbaik sektor itu sejak krisis kewangan 2009.

Pergolakan di kebanyakan destinasi pelancongan tradisional di seluruh Timur Tengah kelihatannya telah membantu Dubai mengambil kesempatan ke atas reputasinya sebagai tempat perlindungan selamat bagi para pelancong dan perniagaan.

Ekonomi Dubai mendapat 2.4 peratus pada 2009 apabila ia menggoncangkan pasaran global berhubungan krisis hutang sebelum menerima jaminan $10 bilion dari Abu Dhabi, rakan yang kaya minyak di Emiriah dan mencapai persetujuan penyusunan semula dengan pemberi pinjaman.

ARTIKEL YANG SAMA