Lebih 13 persembahan di Pesta ‘Hundred Beats 2016’

Lebih 13 persembahan di Pesta ‘Hundred Beats 2016’

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Lebih 13 persembahan melibatkan pelbagai alat dram seperti Djembe, Timbal, Bongo, Gong dan menggunakan tin kosong kitar semula telah dipersembahkan oleh pemain-pemain dram tempatan dalam Pesta ‘Hundred Beats 2016’ berlangsung di Dewan Lecture 2, Universiti Teknologi Brunei (UTB), petang tadi.

Menurut Penolong Pegawai Jualan dan Pembangunan Perniagaan JPCC Sdn Bhd, Dayang Evyvaizura binti Haji Abdul Raup, persembahan hari ini adalah sebagai pra-persembahan besar-besaran yang akan diadakan pada 2 April ini di Coronade, Taman Permainan Jerudong Park bermula jam 8 malam.

“Selain memperluaskan lagi bakat-bakat tempatan, inilah masanya untuk mereka bertemu di antara satu sama lain dan mempersembahkan kemahiran mereka dalam menggunakan pelbagai jenis alat dram di khalayak ramai.

(Kiri ke kanan) Pemain dram, Zulhilmi bin Haji Bakri, Evyvaizura dan pemain dram Kamal.
(Kiri ke kanan) Pemain dram, Zulhilmi bin Haji Bakri, Evyvaizura dan pemain dram Kamal.

“Sejak dua minggu kebelakangan ini, kami juga menerima tindak balas yang baik daripada orang ramai,” tambahnya.

Tiket masuk ke pesta berkenaan dijual pada harga $3, tetapi bagi pra-persembahan yang diadakan hari ini, mahasiswa-mahasiswi UTB diberikan harga istimewa iaitu $2 sahaja. Acara antara lain mengetengahkan persembahan Drum Triplet Solo, Dual Solo, Triple Drum dan Sesi Percussion dan sesi interaktif bersama penonton.

ARTIKEL YANG SAMA