Lebih 130,000 pengunjung dicatat

Lebih 130,000 pengunjung dicatat

Oleh Azaraimy HH

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Pesta Pengguna kali ke-18 yang turut menampilkan pesta makanan berakhir malam tadi dengan mencatatkan lebih 130,000 pengunjung dalam tempoh lima hari pesta diadakan.

Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting selaku penganjur acara tersebut berterima kasih kepada pelbagai agensi kerajaan atas sokongan selama bertahun-tahun lamanya, terutamanya Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan serta Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sokongan kerajaan adalah penting bagi acara seumpama itu katanya sambil menambah bahawa pesta pengguna seterusnya dijadualkan pada Januari tahun depan.

Pesta Pengguna ke-18 telah menampilkan seni kulinari dan pelbagai kategori produk dan perkhidmatan daripada pempamer tempatan dan antarabangsa.

Bagi pesta tahun ini, D’Sunlit juga menjemput cef-cef dari Taiwan yang pernah memenangi anugerah untuk mengadakan kelas membuat kek bersama Bake Culture.

Awang Sahran tidak menyangka memenangi hadiah cabutan bertuah itu.
Awang Sahran tidak menyangka memenangi hadiah cabutan bertuah itu.
Dayang Shariwadi membawa pulang TV LED 58 inci.
Dayang Shariwadi membawa pulang TV LED 58 inci.
Para cef selepas menerima penghargaan bergambar ramai bersama Jackson Ting.
Para cef selepas menerima penghargaan bergambar ramai bersama Jackson Ting.

Empat cef dari Malaysia yang pernah memenangi anugerah juga diterbangkan ke negara ini untuk menunjuk cara seni kulinari di hadapan orang ramai.

Selepas acara penutup semalam, tanda penghargaan telah disampaikan kepada para cef yang disampaikan oleh Jackson Ting.

Kira-kira 25 orang pengunjung bernasib baik membawa pulang hadiah-hadiah menarik semalam ketika cabutan bertuah.

Mereka menerima hadiah daripada Jackson Ting; Pengurus Operasi, Ngu Tiing Siang; Pengurus Pemasaran, Mike Chia; dan Penolong Pengurus Pemasaran, Gavin Chai.

Pada majlis itu, hadiah utama berupa wang tunai sebanyak $2,388 dimenangi oleh Awang Sahran bin Mohd Safar.

Manakala itu, hadiah utama kedua berupa wang tunai $1,288 dimenangi oleh Dayang Megawati binti Haji Bolhassan, dan hadiah ketiga berupa televisyen Akira LED 58 inci yang ditaja oleh Intracorp (B) Sdn Bhd dibawa pulang oleh Dayang Shariwadi binti Haji Naim.

Awang Sahran yang bekerja di Masjid Kampung Tamoi berkata beliau tidak pernah menjangka akan menang.

Menurutnya lagi, ia adalah kali pertama beliau memenangi hadiah seumpama itu.

ARTIKEL YANG SAMA