Lebih $140,000 untuk DANA

Lebih $140,000 untuk DANA

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Sim Y.H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Sumbangan berjumlah $140,009.02 untuk Tabung Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah (DANA) telah diserahkan dalam majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), di ibu negara, hari ini.

Sumbangan diterima oleh Menteri Pembangunan, selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Daripada jumlah sumbangan yang diterima itu, sebanyak $79,629 adalah hasil kutipan menerusi projek SMS Brunei Prihatin yang dijalankan selama 72 hari bermula 1 Disember 2014 hingga 10 Februari 2015.

Menurut kenyataan Yayasan, sebanyak $58,847 dikutip menerusi perkhidmatan yang disediakan Syarikat DST Sdn Bhd yang telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan DST, Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Yusof, dan selebihnya, $20,782 menerusi Syarikat Progresif Cellular Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengerusinya, Haji Abu Bakar bin Haji Ibrahim.

Sementara itu, sumbangan berjumlah $60,380.02 pula diterima daripada syarikat-syarikat swasta dan institusi pendidikan tinggi, yang mana DST dan Progresif Cellular, masing-masing menyumbangkan $20,000 dan $7,107.02.

Yang Berhormat Pehin bersama para tetamu yang lain ketika menghadiri Majlis Penerimaan Sumbangan Hasil Kutipan ‘SMS Brunei Prihatin’ untuk DANA.
Yang Berhormat Pehin bersama para tetamu yang lain ketika menghadiri Majlis Penerimaan Sumbangan Hasil Kutipan ‘SMS Brunei Prihatin’ untuk DANA.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan ‘SMS Brunei Prihatin’ daripada Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan DST.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan ‘SMS Brunei Prihatin’ daripada Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan DST.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan daripada Pengerusi Syarikat Progresif Cellular Sdn Bhd.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan daripada Pengerusi Syarikat Progresif Cellular Sdn Bhd.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan daripada Dekan Pelajar KUPU SB.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan daripada Dekan Pelajar KUPU SB.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan daripada Dayang Norfaizah binti Omar dari Syarikat Foundation Contractor & Engineering Sdn Bhd.
Yang Berhormat Pehin menerima sumbangan daripada Dayang Norfaizah binti Omar dari Syarikat Foundation Contractor & Engineering Sdn Bhd.

Sumbangan tahunan daripada DST itu telah disampaikan oleh Awang Abdul Latif, manakala Awang Abu Bakar menyampaikan sumbangan daripada Progresif Cellular hasil kutipan tabung dana syarikat.

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pula menghulurkan sumbangan berjumlah $24,123 hasil kutipan daripada acara Karnival Amal yang diadakan pada Mac lalu, dan disampaikan oleh Dekan Pelajar, Dr Haji Hambali bin Haji Jaili.

Seterusnya Sekolah St George menyampaikan sumbangan hasil kutipan acara walkaton yang diadakan pada 14 Jun 2015 berjumlah sebanyak $1,150, Syarikat Malar Setia menyumbangkan $3,000, Syarikat Foundation Contractor & Engineering Sdn Bhd sebanyak $3,000, Syarikat TSM Motor Sdn Bhd berjumlah $1,000, dan Syarikat Goldmax menyumbangkan $1,000.

Dalam kesempatan ini, pihak Yayasan dan Lembaga Pemegang Amanah DANA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan-sumbangan yang diberikan dan diharap usaha kebajikan ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha murni membantu anak-anak yatim di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA