Lebih 15 pasukan sertai kejohanan takraw

Lebih 15 pasukan sertai kejohanan takraw

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Sebanyak lebih 15 buah pasukan telah mendaftarkan diri bagi menyertai Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala NBT Ke-5 2016 sejak ia dianjurkan sejak tahun 2011.

Pembukaan rasmi kejohanan tersebut akan diadakan pada 1 Mei jam 8:45 pagi di Dewan Menglait. Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan pula akan diadakan pada 29 April jam 2 petang bertempat di Pejabat Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU), Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.