Lebih 150 juruterbang lagi ‘cuti sakit’

FRANKFURT AM MAIN, 13 Sept – Air Berlin yang tak solven telah membatalkan lebih puluhan lagi penerbangan hari ini ketika para juruterbang sekali lagi ‘cuti sakit’ di sebalik amaran dari syarikat itu bahawa tindakan semberono boleh menjejaskan rundingan penyelamatan.

“Cuti sakit” besar-besaran itu muncul menjelang tempoh akhir pada Jumaat bagi para pelabur berpotensi untuk menyerahkan bidaan bagi aset-aset Air Berlin.

“Lebih 30 penerbangan” terpaksa dibatalkan awal hari ini ketika kira-kira 150 juruterbang menyerahkan notis sakit buat hari kedua, kata jurucakap Air Berlin.

Lapangan terbang Duesseldorf dan Berlin-Tegel paling teruk terjejas dengan pembatalan itu, katanya, menasihatkan para penumpang yang terjejas “untuk tidak datang ke lapangan terbang”.

Ribuan penumpang yang sudah pun terkandas kelmarin apabila kira-kira 200 daripada 1,500 juruterbang Air Berlin tiba-tiba menyerahkan cuti sakit, memaksa pembatalan sekitar 100 penerbangan.

Dua pesawat yang dioperasi oleh syarikat penerbangan Jerman, Air Berlin berada di tarmak lapangan terbang di Stuttgart, selatan Jerman pada 13 September. – AFP

Air Berlin telah menuduh juruterbang yang tidak ada telah “mengancam kewujudan” syarikat penerbangan itu, memberi amaran yang kekacauan tersebut boleh menakutkan para pelabur.

Syarikat Eurowings subsidiari tambang rendah Lufthansa, yang memajak pesawat udara Air Berlin dan krunya, juga terjejas buat hari kedua.

Air Berlin telah memfailkan bagi ketaksolvenan pada pertengahan Ogos selepas pemegang saham utamanya syarikat penerbangan Teluk, Etihad Airways, tidak semena-mena menarik saluran kewangannya.

Syarikat itu sudah lama bergelut untuk beroperasi dan menempah kerugian berjumlah 1.2 bilion euro (AS$1.4 bilion) lebih dua tahun lalu.

Persatuan sektor perkhidmatan gergasi Jerman, Verdi kelmarin menyatakan perpaduan kepada juruterbang-juruterbang yang ‘sakit’ itu.

“Semua perbualan di sekitar tak solven Air Berlin adalah selalu tentang kepentingan ekonominya, bukan tentang kerja yang mana syarikat itu memiliki lebih 8,000 kakitangan,” kata anggota lembaga Verdi, Christine Behle.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Jerman, Alexander Dobrindt menyeru juruterbang berkenaan untuk kembali bekerja. – AFP