Lebih 1,500 jatuh sakit makan manisan

Lebih 1,500 jatuh sakit makan manisan

MANILA, 12 Julai (dpa) – Lebih 1,500 pelajar dan guru telah menderita sakit perut, pening dan muntah-muntah selepas memakan gula-gula berperisa manggis dan durian di wilayah selatan Filipina, menurut pegawai hari ini.

Para mangsa telah dikejarkan ke beberapa buah hospital di sekurang-kurangnya tiga buah bandar wilayah Surigao del Sur, 875km selatan Manila hari ini, menurut pegawai kesihatan Algerico Irizari.

Polis menangkap lapan penjual dari tiga bandar yang menjual manisan berperisa buah-buahan, sementara pegawai keselamatan makanan dan ubat-ubatan sedang menyiasat produk yang dimakan oleh para mangsa.

Jurucakap presiden, Herminio Coloma mengatakan wilayah kerajaan telah mengarahkan satu pemeriksaan ke atas kilang makanan dan sistem penyimpanan untuk memastikan peraturan keselamatan yang telah dipatuhi.

ARTIKEL YANG SAMA