Lebih 1,500 s...

Lebih 1,500 sertai larian amal Schlumberger

Oleh Normazlina M.D

Gambar oleh Sim Y.H & Normazlina M.D

 

KUALA BELAIT, 30 Okt – Lebih 1500 orang telah menyertai larian amal ‘Lend a Hand, Together We Can’ 2016 bersempena ulang tahun Schlumberger di Negara Brunei Darussalam ke-80 yang berlangsung di Padang Arena, Seria, pagi tadi.

Larian Amal itu telah dibukakan kepada tiga kategori iaitu Kategori Schlumberger 8km, Borneo Bulletin 5km dan Fun Run and Walk 3km.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan pelepasan larian setiap kategori ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Haji Hasmiron bin Haji Mohd Taib.

Sebelum larian bermula, para peserta terlebih dahulu menyertai senaman memanaskan.

Hasil daripada kutipan derma dalam acara berkenaan, cek bernilai $30,093.41 telah diserahkan kepada SMARTER Brunei dan cek bernilai $20,062.28 pula diserahkan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, yang disempurnakan oleh Naib Presiden dan Pengurus Besar South East Asia Schlumberger, Maen Razouqi.

Penyampaian hasil kutipan larian amal kepada Pusat Ehsan dan SMARTER Brunei.
Penyampaian hasil kutipan larian amal kepada Pusat Ehsan dan SMARTER Brunei.
Pelajar-pelajar istimewa dari Pusat Ehsan tidak ketinggalan menyertai acara larian itu.
Pelajar-pelajar istimewa dari Pusat Ehsan tidak ketinggalan menyertai acara larian itu.

Hadir bagi mewakili SMARTER Brunei bagi menerima cek tersebut ialah Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman dan bagi mewakili Pusat Ehsan ialah Pengurus Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kuala Belait, Dayang Hamimah binti Haji Sapar.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah cabutan bertuah tajaan Fitness Zone, WYWY dan Pan Bright Travel Services.

Larian tersebut turut dimeriahkan dengan bazar amal yang mengetengahkan aktiviti kesedaran keselamatan, pondok gambar, melukis muka, jualan makanan dan minuman, pameran daripada Smarter Brunei, Brunei Press Sdn Bhd dan pameran CAS (Care and Action for Strays Charity Group).

Salah seorang peserta yang ditemui, Dayang Norwijaya binti Haji Ali Hassan berkata, larian ini dapat menjalinkan silaturahim bersama keluarga yang sama-sama mengikuti larian.

Dengan perasaan tidak menyangka, katanya, beliau juga dapat bertemu bersama beberapa orang saudaranya yang datang dari Daerah Tutong yang ikut serta dalam larian itu.

Perkara ini sudah setentunya dapat memeriahkan lagi Hari Ulang Tahun Schlumberger yang ke-80 di Negara Brunei Darussalam.

Sementara itu, Media Permata juga berkesempatan menemu bual pasangan peserta dari Kuala Lumpur, Anis Ishak dan Kamarul Ridzuan yang baru saja menetap di negara ini selama empat bulan dan tidak ketinggalan untuk menyertai larian Kategori Fun Run and Walk 3km buat pertama kalinya bersama anak-anaknya.

Anis Ishak dan Kamarul Ridzuan dari Kuala Lumpur yang baru saja menetap di negara ini tidak ketinggalan untuk menyertai larian bersama anak-anak.
Anis Ishak dan Kamarul Ridzuan dari Kuala Lumpur yang baru saja menetap di negara ini tidak ketinggalan untuk menyertai larian bersama anak-anak.
Usia bukan penghalang bagi Kpt (B) Haji Osman, 74, untuk bergiat aktif dengan mengambil bahagian dalam larian amal itu.
Usia bukan penghalang bagi Kpt (B) Haji Osman, 74, untuk bergiat aktif dengan mengambil bahagian dalam larian amal itu.

Menurut mereka, tujuan mereka mengikuti larian ini adalah bagi membantu persatuan NGO di negara ini di samping dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga pada setiap hari ming-gu. Mereka juga melahirkan harapan untuk mengikuti pelbagai aktiviti di negara ini kerana ingin mengambil peluang mendekati negara.

Kamarul dan Anis juga berkata, mereka percaya Negara Brunei Darussalam me-rupakan sebuah negara yang aman dan selamat melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama keluarga dan inilah peluang yang mereka nantikan untuk menikmati bersama keluarga di negara ini.

Turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai larian berkenaan ialah warga emas Kpt (B) Haji Osman bin Haji Lahab yang digelar sebagai Pakatan, 74, yang menyertai Kategori Schlumberger 8km.

Menurutnya, beliau memang berminat menyertai acara larian sejak dahulu lagi dan kali ini, ia merupakan kali pertama menyertai larian amal yang berlangsung di Seria.

Kpt (B) Haji Osman yang berasal dari Kampung Keriam juga menjelaskan, beliau menyertai larian ini bukan untuk meraih kemenangan semata-mata bahkan untuk memperlihatkan kebolehan sebagai peserta yang berjaya menghabiskan hingga ke barisan penamat.

Beliau turut melahirkan perasaan sangat gembira kerana dapat menyaksikan ramai peserta dari Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara yang sama-sama mengikuti larian dan berharap orang ramai akan menyertai beberapa aktiviti-aktiviti amal yang menjurus kepada kesihatan badan.

Walaupun usia semakin lanjut, selagi badan masih mampu bergerak, Haji Osman berkata, beliau tidak mahu ketinggalan menyertai acara larian, dan memberitahu bahawa beliau akan mengikuti larian maraton yang akan diadakan di Kuala Lumpur dan Dubai nanti.

ARTIKEL YANG SAMA