Lebih 15,000 penumpang terkandas

Lebih 15,000 penumpang terkandas

TOKYO, 22 Mac – Kerana masalah sistem komputer memaksa Penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA), membatalkan lebih 100 penerbangan domestik hari ini yang menjejaskan lebih daripada 15,000 pelancong, kata syarikat penerbangan itu.

kakitangan ANA di lapangan terbang Haneda Tokyo memohon maaf kepada penumpang yang terkandas, yang kebanyakkanya dilihat membuat panggilan telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas, manakala kanak-kanak duduk di atas lantai yang penuh sesak di dewan terminal dengan bermain permainan video.

Penumpang berbaris dengan sabar di kaunter untuk membuat tempahan baru bagi penerbangan seterusnya apabila dewan tempahan dan kemasukkan dilimpahi dengan penumpang yang menhadapi kesukaran.

ANA berkata ia ternampak sesuatu yang tidak kena pada kira-kira 8:20 pagi hari ini (2320 GMT Isnin) dan walaupun masalah itu telah sebahagian besarnya dapat diselesaikan pada kira-kira tiga jam kemudian, sekurang-kurangnya 116 penerbangan domestik telah dibatalkan.

Masalah tersebut menghentikan tempahan, jualan tiket dan prosedur pelepasan, menjejaskan rancangan perjalanan sekurang-kurangnya 15,200 penumpang pada 1:40 petang (0440 GMT), kata jurucakap Natsuki Uta.

Orang menunggu dalam barisan panjang untuk mendaftar masuk dan mendapatkan tempahan baru di hadapan kaunter bagi penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA), di ruangan berlepas Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, kelmarin. – AFP
Orang menunggu dalam barisan panjang untuk mendaftar masuk dan mendapatkan tempahan baru di hadapan kaunter bagi penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA), di ruangan berlepas Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, kelmarin. – AFP

“Sistem prosedur pelepasan berfungsi semula pada 11:30 pagi, tetapi kita masih mempunyai masalah dengan tempahan dan jualan tiket,” Uota berkata awal petang hari ini.

Syarikat penerbangan itu sedang menyiasat punca yang menyebabkan sistem itu tidak berfungsi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA