Lebih $17 rib...

Lebih $17 ribu dikumpul melalui Happy Run

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Lebih $17,000 berjaya dikutip melalui larian amal Happy Run untuk Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA), Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Persatuan Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD) dan Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA).

Larian amal yang berlangsung di kawasan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, ibu negara pagi ini disertai hampir 1,800 orang peserta.

Larian amal tersebut dibahagikan kepada dua kategori Fun Run iaitu Kategori 3 km dan 5 km bagi peserta lelaki dan perempuan.

Para peserta yang menyertai larian tersebut.
Para peserta yang menyertai larian tersebut.
Antara aktiviti sampingan yang diadakan bagi memeriahkan acara Happy Run.
Antara aktiviti sampingan yang diadakan bagi memeriahkan acara Happy Run.

Acara tersebut turut dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti sampingan anjuran bersama para penaja larian seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, aktiviti 5 Boxes Senses, pertandingan makan sushi, teka belon, aktiviti bola dan banyak lagi.

Aktiviti seumpama ini bertujuan untuk sama-sama berganding bahu bagi memberikan sumbangan dana kepada mereka yang memerlukan khususnya kepada pusat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Selain itu ia juga bertujuan memupuk gaya hidup sihat serta melahirkan rasa cinta dan penghargaan terhadap ibu negara di negara ini.